Thursday 19 June 2014

Bab 7 : Johor Menegakkan Semua Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Rumusan Bab

1. Kerajaan Johor telah diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II , iaitu putera Sultam Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka.

2.Johor sentiasa berusaha untuk menguasai Melaka semula daripada tangan Portugis dan menghadapi ancaman daripada Acheh dan Portugis.

3.Perang tiga segi telah berlaku antara Johor,Acheh dan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.

4.Kerajaan Johor mencapai kegemilangganya pada kuruk ke-17 dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan pusat persuratan Melayu yang terpenting.

5.Faktor utama Johor mencapai kegemilangannya ialah kecekapan sultan dan juga pembesar dalam mentadbir negeri.

6.Pada abad ke-18, kerajaan Johor telah mulai mengalami kemerosotan.
Faktor kemorosotan ialah:
a)Perebutan kuasa dan perebutan takhta antara pembesar Johor.
b)Penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor.
c)Pengaruh syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C) dan persengketaan antara orang Bugis dengan Belanda.

7.Keadaan politik yang tidak stabil telah menimbulkan kacau-bilau dalam negeri dan melemahkan kerajaan Johor sehingga menyebabkan keruntuhannya menjelang awal abad ke-19.